Friday 29 March 2013

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN











MODEL ASSURE

   
   


 

















KITARAN GAYA BELAJAR






Refleksi awal
Nor Azizah Lamijan
670416105192 / ppg 201119236098
                       Pada semester 4 ini saya telah mempelajari Kursus EDU 3105 (Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran). Tugasan Kerja Kursus yang perlu dibuat adalah berkumpulan dan juga individu. Saya di dalam kumpulan yang sama dengan Noormah Arsad. Pada mulanya kursus ini amat mencabar bagi saya yang selama ini saya merupakan seorang guru yang kurang mahir dalam bidang teknologi maklumat  ini. Walau bagaimanapun, saya enggan berputus asa, saya ingin mencuba dan perlu lebih bersemangat untuk mempelajarinya. Harapan saya dalam kursus ini adalah, saya tidak ketinggalan dengan orang lain. Saya sedia maklum, zaman sekarang adalah zaman sains dan teknologi, segala-galanya memerlukan kepakaran dalam bidang ini. Inilah yang menguatkan semangat saya untuk mempelajari bidang ini dengan lebih mendalam. Semangat ini jugalah yang ditiupkan oleh En Yusoff bin Shamsuddin, Pensyarah ( EDU 3105 ), Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Saya berharap, dengan mengikuti kursus ini, dapatlah saya mengapikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan boleh menarik minat murid. Kanak-kanak akan lebih berminat dengan sesuatu yang baru, yang belum pernah mereka lihat, lebih – lebih lagi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan tersebut melalui konsep teknologi. Ini akan mendorong pelajar agar lebih berminat untuk belajar.
                          Teknologi dapat ditafsirkan sebagai keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik ataupun pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kajayaan (Galbraith, 1967).  Teknologi bukanlah semata – mata suatu ilmu pengetahuan dan bukan juga alat, bahkan yang diambil perhatian adalah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan tersebut mencapai kejayaan.
                         Pada pandangan saya sebagai seorang guru, masalah yang sering dihadapi oleh palajar-pelajar di sekolah adalah kurang berminat untuk belajar. Ini disebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tidak dipelbagaikan. Ianya berjalan dalam situasi yang sama sahaja setiap hari. Inilah yang menyebabkan pelajar-pelajar kurang berminat, malah ada yang enggan untuk pergi ke sekolah. Selain itu, murid sering tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh guru, pelajar juga kurang penumpuan semasa pengajaran dan pembalajaran dijalankan di dalam kelas.
                      Walaupun seseorang guru perlu ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan, namun melalui penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan walaupun tanpa kehadiran guru. Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran juga memberi peluaang belajar kepada sesiapapun, walaupun tanpa kehadiran guru .Melalui teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran juga, ianya telah menjadikan seterusnya  mengubah sistem dan proses pembelajaran yang konvensional kepada suatu sistem yang lebih terbuka dan bebas.
                        Pada jangkaan saya, dengan mempelajari kursus EDU 3105 ini insyaAllah, saya akan dapat menimba banyak ilmu pengetahuan berkaitan teknologi untuk saya aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya, apabila seseorang guru itu menggunakan bahan-bahan bantu mengajar atau media pengajaran  yang menarik seperti radio, televisyen, rakaman audio, slaid, bahan – bahan bercetak, komputer, dan sebagainya, pengajaran akan menjadi lebih menarik dan seterusnya pelajar akan mudah memahaminya. Proses pengajaran perlu mampu mendorong pembelajaran yang memanfaatkan pelajar ke peringkat yang maksimum. Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat tersebut, pengajaran serta pembelajaran perlu berada dalam proses yang sistematik dan praktikal sehingga mendorong pemahaman maklumat yang maksimum di kalangan pelajar sehingga mendorong berlakunya perubahan tingkah laku yang membawa kebaikan kepada pelajar dan juga orang lain. Oleh yang demikian, apabila pelajar memahami apa yang diajar oleh guru, maka objektif pembalajaran akan tercapai.
                       Melalui tugasan kerja kursus yang diberi oleh pensyarah, kami perlu mengaplikasikan media pengajaran di dalam Rancangan Pengajaran Harian. Dalam hal ini, kumpulan kami telah bersetuju untuk menggunakan slaid power point dalam langkah kedua.pada mulanya saya sukar untuk melaksanaknnya. Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat berkisar tentang kitar semula. Namun, setelah berbincang dengan rakan – rakan, maka akhirnya kumpulan ini dapat menyiapkannya dengan cara yang terbaik. Semoga media pengajaran yang kumpulan kami gunakan memuaskan hati pensyarah , En Mohd Yusoff bin Shamsuddin.
                       Akhir sekali, apa yang ingin saya nyatakan di sini, teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan masyarakat yang berilmu serta berpendidikan apabila peluang belajar terbuka luas melalui penggunaan teknologi. Semoga cita – cita saya juga tercapai untuk menjadi seorang guru yang berilmu pengetahuan tinggi dalam teknologi ini. 

Friday 15 March 2013