Sunday 28 April 2013

        





CIKGU NOR AZIZAH LAMIJAN

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
PJJ / IPG KOHORT 1
KUMPULAN 4E
PPG201119236098








MODUL UNTUK SEMESTER 4
PPG AMBILAN 2011





http://teknologidalampnp.blogspot.com/


MODUL UNTUK SEMESTER 5
PPG AMBILAN 2011







CONTOH - CONTOH SOALAN / NOTA UNTUK ULANGKAJI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 4






http://pismpteknologi.blogspot.com/p/nota-edaran.html



soalan linguistik/fonetik
BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.
SOALAN: Markah

1.Pembakuan Bahasa Melayu bertujuan menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan pelbagai variasi sebutan pengguna bahasa Melayu.
Selain matlamat di atas, berikan DUA matlamat pembakuan bahasa Melayu.


2.Pengetahuan tentang peranan alat dan daerah artikulasi penting dalam memahami jenis–jenis bunyi bahasa.

Namakan mengikut turutan jenis bunyi bahasa yang sesuai dengan penyataan yang diberi di bawah.


(a) Bunyi yang dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.


(b) Bunyi yang dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal tetapi hanya mengandungi satu puncak sebutan.


(c) Bunyi yang dihasilkan apabila berlakunya sekatan arus udara, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.

(d) Bunyi bersuara yang dihasilkan tanpa apa-apa sekatan pada arus udara dan pita suara bergetar.



3. Secara ringkas, jelaskan konsep fonologi dan huraikan DUA tujuan ujian fonologi 


4. Menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, ejaan bagi kata serapan bahasa Inggeris yang mempunyai konsonan bergabung adalah dengan cara menggugurkan satu huruf konsonan yang sama.
Tunjukkan penggunaan kaedah ini dengan mengemukakan LAPAN contoh perkataan dengan ejaan terjemahannya 


5. Ilmu Linguistik mempunyai pelbagai cabang yang berkait antara satu sama lain. Nyatakan bidang linguistik yang sesuai dengan penyataan di bawah:

(a) Bidang linguistik yang menjelaskan penggunaan ilmu linguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.


(b) Bidang linguistik yang meneliti persamaan dan perbezaan antara dua bahasa yang mempunyai hubungan sejarah.



(c) Bidang linguistik yang memperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik.



(d) Bidang linguistik yang memerihalkan aspek fonologi, morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa secara saintifik.



BAHAGIAN B

ARAHAN



1.Bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu terdiri daripada vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.
(a) Dengan bantuan rajah, tunjukkan kedudukannya.


(b) Beri huraian tentang penghasilan TIGA bunyi vokal hadapan yang ditunjukkan dalam rajah anda (soalan (a)).



2. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan sama ada seluruh, sebahagian (separa), dan bersajak atau berima.
(a) Beri takrifan anda tentang kata ganda seluruh.


Beri DUA contoh bagi setiap kata ganda seluruh yang terdiri daripada:

 (i) kata nama


(ii) kata kerja


(iii) kata adjektif.



(b) Kata ganda bersajak/berima atau berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Perjelaskan TIGA rentak persamaan/penyesuaian bunyi dan kemukakan TIGA contoh kata ganda bagi setiap rentak.

buat renungan bersama


dari saya
Cikgu Nor Azizah Lamijan
PPG 201119236098
Kenanglah jasa bonda kita hingga ke akhir hayat