Tuesday, 6 May 2014
Wednesday, 1 May 2013
Sunday, 28 April 2013
MODUL UNTUK SEMESTER 4
PPG AMBILAN 2011
PPG AMBILAN 2011
http://www.scribd.com/doc/64491975/Modul-BMM3108 - modul BMM3108
CONTOH - CONTOH SOALAN / NOTA UNTUK ULANGKAJI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 4
http://pismpteknologi.blogspot.com/p/nota-edaran.html
BAHAGIAN B
soalan linguistik/fonetik
BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.
SOALAN: Markah
1.Pembakuan Bahasa Melayu bertujuan menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur
serta mengurangkan pelbagai variasi sebutan pengguna bahasa Melayu.
Selain matlamat di atas, berikan DUA matlamat pembakuan bahasa Melayu.
2.Pengetahuan tentang peranan alat dan daerah artikulasi penting dalam memahami
jenis–jenis bunyi bahasa.
Namakan mengikut turutan jenis bunyi bahasa yang sesuai dengan penyataan yang
diberi di bawah.
(a) Bunyi yang dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan
udara keluar melalui rongga hidung.
(b) Bunyi yang dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal tetapi hanya
mengandungi satu puncak sebutan.
(c) Bunyi yang dihasilkan apabila berlakunya sekatan arus udara, sempitan, dan
geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.
(d) Bunyi bersuara yang dihasilkan tanpa apa-apa sekatan pada arus udara dan
pita suara bergetar.
3. Secara ringkas, jelaskan konsep fonologi dan huraikan DUA tujuan ujian fonologi
4. Menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, ejaan bagi kata serapan bahasa
Inggeris yang mempunyai konsonan bergabung adalah dengan cara menggugurkan satu
huruf konsonan yang sama.
Tunjukkan penggunaan kaedah ini dengan mengemukakan LAPAN contoh perkataan
dengan ejaan terjemahannya
5. Ilmu Linguistik mempunyai pelbagai cabang yang berkait antara satu sama lain.
Nyatakan bidang linguistik yang sesuai dengan penyataan di bawah:
(a) Bidang linguistik yang menjelaskan penggunaan ilmu linguistik dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa.
(b) Bidang linguistik yang meneliti persamaan dan perbezaan antara dua bahasa
yang mempunyai hubungan sejarah.
(c) Bidang linguistik yang memperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan
saintifik.
(d) Bidang linguistik yang memerihalkan aspek fonologi, morfologi dan sintaksis
sesuatu bahasa secara saintifik.
ARAHAN
1.Bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu terdiri daripada vokal hadapan, vokal tengah
dan vokal belakang.
(a) Dengan bantuan rajah, tunjukkan kedudukannya.
(b) Beri huraian tentang penghasilan TIGA bunyi vokal hadapan yang ditunjukkan
dalam rajah anda (soalan (a)).
2. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan sama ada seluruh,
sebahagian (separa), dan bersajak atau berima.
(a) Beri takrifan anda tentang kata ganda seluruh.
Beri DUA contoh bagi setiap kata ganda seluruh yang terdiri daripada:
(i) kata nama
(ii) kata kerja
(iii) kata adjektif.
(b) Kata ganda bersajak/berima atau berentak merupakan proses menggandakan kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Perjelaskan TIGA rentak
persamaan/penyesuaian bunyi dan kemukakan TIGA contoh kata ganda bagi setiap rentak.
buat renungan bersama
dari saya
Cikgu Nor Azizah Lamijan
PPG 201119236098
Kenanglah jasa bonda kita hingga ke akhir hayat
Friday, 29 March 2013
KITARAN GAYA BELAJAR

Refleksi
awal
Nor
Azizah Lamijan
670416105192
/ ppg 201119236098
Pada semester 4 ini saya telah mempelajari
Kursus EDU 3105 (Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran). Tugasan Kerja Kursus
yang perlu dibuat adalah berkumpulan dan juga individu. Saya di dalam kumpulan
yang sama dengan Noormah Arsad. Pada mulanya kursus ini amat mencabar bagi saya
yang selama ini saya merupakan seorang guru yang kurang mahir dalam bidang
teknologi maklumat ini. Walau
bagaimanapun, saya enggan berputus asa, saya ingin mencuba dan perlu lebih
bersemangat untuk mempelajarinya. Harapan saya dalam kursus ini adalah, saya
tidak ketinggalan dengan orang lain. Saya sedia maklum, zaman sekarang adalah
zaman sains dan teknologi, segala-galanya memerlukan kepakaran dalam bidang
ini. Inilah yang menguatkan semangat saya untuk mempelajari bidang ini dengan
lebih mendalam. Semangat ini jugalah yang ditiupkan oleh En Yusoff bin
Shamsuddin, Pensyarah ( EDU 3105 ), Teknologi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Saya berharap, dengan mengikuti kursus ini, dapatlah saya
mengapikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah supaya
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan boleh
menarik minat murid. Kanak-kanak akan lebih berminat dengan sesuatu yang baru,
yang belum pernah mereka lihat, lebih – lebih lagi bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan tersebut melalui konsep teknologi. Ini akan
mendorong pelajar agar lebih berminat untuk belajar.
Teknologi dapat ditafsirkan sebagai
keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik ataupun
pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu
mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga
tugas tersebut mencapai kajayaan (Galbraith, 1967). Teknologi bukanlah semata – mata suatu ilmu
pengetahuan dan bukan juga alat, bahkan yang diambil perhatian adalah proses,
kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan
tersebut mencapai kejayaan.
Pada
pandangan saya sebagai seorang guru, masalah yang sering dihadapi oleh
palajar-pelajar di sekolah adalah kurang berminat untuk belajar. Ini disebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tidak dipelbagaikan.
Ianya berjalan dalam situasi yang sama sahaja setiap hari. Inilah yang
menyebabkan pelajar-pelajar kurang berminat, malah ada yang enggan untuk pergi
ke sekolah. Selain itu, murid sering tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh
guru, pelajar juga kurang penumpuan semasa pengajaran dan pembalajaran
dijalankan di dalam kelas.
Walaupun seseorang guru
perlu ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan, namun
melalui penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan
pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan walaupun tanpa kehadiran guru.
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran juga memberi peluaang belajar
kepada sesiapapun, walaupun tanpa kehadiran guru .Melalui teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran juga, ianya telah menjadikan seterusnya mengubah sistem dan proses pembelajaran yang
konvensional kepada suatu sistem yang lebih terbuka dan bebas.
Pada jangkaan saya,
dengan mempelajari kursus EDU 3105 ini insyaAllah, saya akan dapat menimba
banyak ilmu pengetahuan berkaitan teknologi untuk saya aplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya, apabila seseorang guru itu
menggunakan bahan-bahan bantu mengajar atau media pengajaran yang menarik seperti radio, televisyen,
rakaman audio, slaid, bahan – bahan bercetak, komputer, dan sebagainya,
pengajaran akan menjadi lebih menarik dan seterusnya pelajar akan mudah
memahaminya. Proses pengajaran perlu mampu mendorong pembelajaran yang
memanfaatkan pelajar ke peringkat yang maksimum. Oleh yang demikian, bagi
mencapai matlamat tersebut, pengajaran serta pembelajaran perlu berada dalam
proses yang sistematik dan praktikal sehingga mendorong pemahaman maklumat yang
maksimum di kalangan pelajar sehingga mendorong berlakunya perubahan tingkah
laku yang membawa kebaikan kepada pelajar dan juga orang lain. Oleh yang
demikian, apabila pelajar memahami apa yang diajar oleh guru, maka objektif
pembalajaran akan tercapai.
Melalui tugasan kerja
kursus yang diberi oleh pensyarah, kami perlu mengaplikasikan media pengajaran
di dalam Rancangan Pengajaran Harian. Dalam hal ini, kumpulan kami telah
bersetuju untuk menggunakan slaid power point dalam langkah kedua.pada mulanya
saya sukar untuk melaksanaknnya. Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat
berkisar tentang kitar semula. Namun, setelah berbincang dengan rakan – rakan,
maka akhirnya kumpulan ini dapat menyiapkannya dengan cara yang terbaik. Semoga
media pengajaran yang kumpulan kami gunakan memuaskan hati pensyarah , En Mohd
Yusoff bin Shamsuddin.
Akhir sekali, apa yang
ingin saya nyatakan di sini, teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu
melahirkan masyarakat yang berilmu serta berpendidikan apabila peluang belajar
terbuka luas melalui penggunaan teknologi. Semoga cita – cita saya juga
tercapai untuk menjadi seorang guru yang berilmu pengetahuan tinggi dalam
teknologi ini.
Friday, 15 March 2013
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
untuk info lebih lanjut layari edu3105-amin.blogspot.com/2011/05/asas-grafik.html
Subscribe to:
Posts (Atom)



